Assalamualaikum w.r.t
Pengetua / Guru Besar
SMKA, SMK, SABK, SMJKC, SK, SJKC dan SRA
Negeri Kelantan
u.p. SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB, KKQ & DINI
MAKLUMAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN TAHUNAN PEKDIS CAWANGAN KELANTAN BAGI SESI 2021/2022
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah
Malaysia (PEKDIS) Cawangan Kelantan perlu memperbaharui keahlian kepada PEKDIS PUSAT.
3. Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab, KKQ & DINI dipohon berbuat demikian dengan membayar yuran sebanyak RM15 ke akaun SEKRITARIAT PEKDIS mengikut PPD masing-masing. Pohon tuan/puan mengisi maklumat diri di pautan http://gg.gg/pembaharuan-ahli-pekdiskelantan2021. Agihannya seperti berikut:
BIL | PERKARA | RM |
1. | Aktiviti Sekretariat PEKDIS PPD | RM8 |
2. | Yuran kepada PEKDIS Pusat | RM1 |
3. | Khairat Kematian | RM3 |
4. | Aktiviti PEKDIS Negeri | RM3 |
Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian. Terima kasih
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
AMRAN BIN MAMAT
Pengerusi
PEKDIS Cawangan Kelantan
..........................................................bercetak tanpa tandatangan..........................................................................