Tuesday 2 February 2021

MAKLUMAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN TAHUNAN PEKDIS CAWANGAN KELANTAN BAGI SESI 2021/2022

 Assalamualaikum w.r.t

Pengetua / Guru Besar

SMKA, SMK, SABK, SMJKC, SK, SJKC dan SRA

Negeri Kelantan

 

u.p. SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB, KKQ & DINI

 Tuan,  

MAKLUMAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN TAHUNAN PEKDIS CAWANGAN KELANTAN BAGI SESI 2021/2022

 Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah

Malaysia (PEKDIS) Cawangan Kelantan perlu memperbaharui keahlian kepada PEKDIS PUSAT.

3.         Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab, KKQ & DINI dipohon berbuat demikian dengan membayar yuran sebanyak RM15 ke akaun SEKRITARIAT PEKDIS mengikut PPD masing-masing. Pohon tuan/puan mengisi maklumat diri di pautan http://gg.gg/pembaharuan-ahli-pekdiskelantan2021. Agihannya seperti berikut:

BIL

PERKARA

RM

1.

Aktiviti Sekretariat PEKDIS PPD

RM8

2.

Yuran kepada PEKDIS Pusat

RM1

3.

Khairat Kematian

RM3

4.

Aktiviti PEKDIS Negeri

RM3

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian.  Terima kasih

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AMRAN BIN MAMAT

Pengerusi

PEKDIS Cawangan Kelantan

 

..........................................................bercetak tanpa tandatangan..........................................................................